Tuesday 20 March 2012

Perbezaan antara huruf vokal dan konsonan.

Menuntut ilmu itu haruslah beradab. Ada langkah-langkah yang harus diikuti dalam kita mencari pengetahuan. Begitu juga halnya dengan pengajaran huruf  vokal ini. Mana mungkin kita mahu terus menyelami subjek ini jika kita kurang jelas akan definisi sebenar 'Huruf Vokal' itu sendiri. Jadi, kali ini saya ingin menulis tentang definisi huruf vokal dan sedikit sebanyak mengaitkannya dengan konsonan. Hal ini adalah kerana, tidak mungkin huruf vokal dapat berdiri sendiri tanpa bantuan daripada konsonan. Jadi, wajarlah kiranya jika saya sertakan definisi untuk huruf vokal dan konsonan


Definisi Bunyi Huruf Vokal.


Bunyi Huruf Vokal adalah bunyi yang tidak disertai hambatan pada alat bicara , Hambatan hanya terdapat pada pita suara , Tidak terdapat artikulasi , Semua vokal dihasilkan dengan bergetarnya pita suara , Dengan demikian semua vokal adalah bunyi suara.



Definisi Bunyi Huruf Konsonan.


Bunyi Huruf Konsonan adalah Bunyi yang dibentuk dengan menghambat arus udara pada sebagian alat bicara, Terdapat artikulasi , Konsonan bersuara adalah konsonan yang dihasilkan dengan bergetarnya pita suara , Konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang dihasilkan tanpa bergetarnya pita suara.




Macam macam Bunyi Huruf Vokal & ( Definisinya )

Bunyi vokal dibezakan berdasarkan posisi tinggi rendahnya lidah, bahagian lidah yang bergerak, struktur, dan bentuk bibir. Dengan demikian, bunyi vokal tidak dibedakan berdasarkan posisi artikulatornya kerana pada bunyi vokal tidak terdapat artikulasi. Artikulator adalah bahagian alat ucapan yang dapat bergerak. Klasifikasi vokal sebagai berikut :

1. Vokal berdasarkan tinggi rendahnya posisi lidah.

Vokal Tinggi = [ i ], [ I ], [ u ], [ U ]
Vokal Madya = [ e ],
 [ e ], [ o ], [ c ]
Vokal Rendah = [ a ]


2. Vokal berdasarkan bagian lidah (depan, tengah, belakang) yang bergerak (gerak naik turunnya lidah).

Vokal Depan = [ i ], [ I ], [ e ],
 [ a ]
Vokal Tengah = [ a ]
Vokal Belakang = [ o ], [ c ], [ u ], [ U ]


3. Vokal berdasarkan posisi strukturnya

Struktur adalah keadaan hubungan posisional artikulator aktif dan artikulator pasif. Artikulator aktif adalah alat ucap yang bergerak menuju alat ucap yang lain saat membentuk bunyi bahasa. Artikulator pasif adalah alat ucap yang dituju oleh artikulator aktif saat membentuk bunyi bahasa.

Dalam bunyi vokal tidak terdapat artikulasi, maka struktur untuk vokal ditentukan oleh jarak lidah dengan langit-langit. Menurut strukturnya, vokal dapat dibedakan seperti uraian berikut.

a. Vokal tertutup (close vowels) yaitu vokal yang dibentuk dengan lidah diangkat setinggi mungkin mendekati langit-langit. Vokal tertutup antara lain [ i ], [ u ].

b. Vokal semitertutup (half-close) yaitu vokal yang dibentuk dengan lidah diangkat dalam ketinggian sepertiga di bawah tertutup atau dua per tiga di atas vokal terbuka. Vokal semitertutup antara lain [ e ], [ o ], [ I ], [ U ].

c. Vokal semiterbuka (half-open) yaitu vokal yang dibentuk dengan lidah diangkat dalam ketinggian sepertiga di atas terbuka atau dua per tiga di bawah vokal tertutup. Vokal semiterbuka antara lain [ a ],
 [ c ].

d. Vokal terbuka (open vowels) yaitu vokal yang dibentuk dengan lidah dalam posisi serendah mungkin. Vokal terbuka adalah [ a ].


4. Vokal berdasarkan bentuk bibir saat vokal diucapkan.

Vokal tidak bulat/unrounded vowels (bibir tidak bulat dan terbentang lebar) = [ i ], [ I ], [ e ],
 [ e ]
Vokal netral/neutral vowels (bibir tidak bulat dan tidak terbentang lebar) = [ a ]
Vokal bulat/rounded vowels (bibir bulat) Terbuka bulat = [ c ]
Vokal bulat/rounded vowels (bibir bulat) Tertutup bulat = [ o ], [ u ], [ U ]



Diambil dari sini.




Begitulah sedikit sebanyak yang dapat diterangkan mengenai huruf vokal ini. Diharap penerangan ini dapat membantu dalam terus memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu dalam erti kata sebenar. 



Sunday 18 March 2012

Lagu Huruf Vokal

Pengenalan

Salam semua pembaca. Saya, Zarimah binti Daud. Seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Batu Rakit, Terengganu untuk waktu sekarang. Tahun lepas, atas galakan keluarga, saya menyambung pelajaran saya di UPSI. Jadi, blog ini dibina adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan kursus Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Saya akan memfokuskan subjek Huruf Vokal Bahasa  Melayu Tahun Satu sebagai keutamaan blog ini. Diharap rakan-rakan pembaca akan dapat sesuatu daripada blog ini. Akhir kata, selamat datang.