Monday 30 April 2012

Kaedah Semasa Pengajaran


Sewaktu dalam kelas, seorang guru haruslah memainkan peranan sebagai mereka yang memastikan proses pengajaran dapat berjalan lancar. Seorang guru harus boleh melakukan perkara-perkara seperti yang di bawah:

1. Mengurus bilik darjah dengan berkesan tanpa gangguan yang boleh mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran

2. Menggunakan konsep bahasa melayu dengan tepat,sesuai dengan tahap pencapaian pelajar.

3. Menggalakkan penglibatan aktif dikalangan pelajar sama ada semasa pengembangan konsep .

4. Mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar(masalah pembelajaran.emosi,fizikal,disiplin dan sebagainya.

5. Mengubahsuai gaya serta teknik pengajaran kepada kumpulan pelajar yang berbeza dari segi tahap pencapaian dan minat terhadap bahasa melayu.

6. Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti luar kelas.

7. Menjadikan kesalahan dan kesilapan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar merasa bebas,tidak tertekan serta berani menjawab dan mengemukan sebarang pandangan.

8. Mengenalpasti dan memilih kaedah-kaedah pengajaran yang dijangka berkesan dalam mencapai objektif-objektif pengajaran yang dirancang.

9. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar,lantas meningkatkan masa untuk tugasan pembelajaran yang produktif.

10. Meningkatkan ‘repertoire’pengajaran kerana penguasaan pelbagai kaedah pengajaran bila dan dimana perlu,mengikut situasi.

11. Mengamalkan prinsip kepelbagaikan sebagai rempah hidup di bilik darjah yang dijangka dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran.

No comments:

Post a Comment