Sunday 8 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian ( RPH )

 Tahun            :   Satu
Tarikh / Hari    : 29.3.2012 (Khamis )
Kelas              : 1 Cemerlang ( Linus )
Masa              :  10.00-10.30.pagi
M/ Pelajaran   :  Bahasa Melayu
Bil. Pelajar      :  20 Orang
Tajuk              : Unit 1  Mengenal dan menulis huruf,suku kata dan perkataan kv+kv
Sub. Tajuk      : Huruf Vokal
Kemahiran      : 1.0 Mengenal dan membunyikan huruf-huruf vokal (a ,i , o ,u ,e )
1.1  Menamakan dan membunyikan huruf vokal ( a , i ,o ,u ,e )
Objektif           : Pada akhir  pengajaran  murid dapat :
1.    Mengenal dan menamakan huruf vokal dengan betul
2.    Membunyikan huruf vokal dengan betul
Pengalaman Sedia ada : 1 Murid sudah dapat mengenal huruf A-Z
                                        2 Murid sudah boleh menyebut huruf-huruf vokal
Bahan Bantu Mengajar    : Kad huruf vokal , Kad  gambar , Kad Permainan dan Kad gambar     
                  Berserta perkataan ,Kad perkataan
Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Moral
Penerapan Nilai :Berkerjasama , mematuhi arahan ,  dan berani.

        


   Langkah/Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktivit Guru
Akitiviti Murid
      Set Induksi
      ( 5 minit )
 Soal Jawab
Huruf Vokal (a ,e,i,o,u )
Contoh Soalan
1.Ini huruf apa?
2.Huruf ini bunyi     apa?
1.Guru menunjukkan kad huruf vokal .
2.Guru mengemukakan soalan kepada murid berdasarkan kad huruf vokal.
3.Guru mengaitkan soal jawab tersebut  dengan tajuk pelajaran.
1.Murid akan menyebut nama huruf vokal secara kelas,kumpulan dan individu.
2.Murid akan membunyikan huruf vokal secara kelas,kumpulan dan individu.
Teknik
Soal jawab
Latih tubi

Nilai
Mendengar arahan dan rajin
BBM
Kad huruf vokal
      Langkah 1
      ( 10 minit )
Menama dan membunyikan huruf vokal
Contoh
1.ikan  - i

2.o-oren
1.Guru menunjukkan kad gambar dan meminta murid menyebut nama gambar tersebut.
2.Guru akan menekankan bunyi huruf vokal pada gambar tersebut.
3.Guru latih tubi menama dan membunyikan huruf vokal secara kelas ,kumpulan dan individu.
4.Guru meminta murid memadankan kad huruf vokal pada kad gambar(Murid dipilih secara rawak).
1Murid menyebut nama gambar tersebut.
2.Murid menama dan  membunyikan huruf vokal berdasarkan gambar secara kelas ,kumpulan dan individu.
3.Murid yang di pilih memadankan kad huruf vokal pada kad gambar.
Teknik
Latih tubi
Membunyikan huruf vokal

Nilai
Mendengar arahan
Kerjasama

BBM
Kad gambar
Kad huruf

       Langkah 2
       ( 10 minit )
Permainan
Mencari huruf vokal.
1.Guru bahagi murid kepada lima kumpulan.Setiap kumpulan akan menerima kad permainan huruf.
2.Guru  memberi arahan dan meminta murid setiap kumpulan mengenal pasti huruf vokal dan mewarnakan.
3.Guru meminta ketua kumpulan mempamerkan tugasan mereka di papan hitam.
4.Guru menyemak dan memberi peneguhan positif kepada semua murid.
1.Setiap kumpulan menerima kad permainan huruf
2.Murid setiap dalam
kumpulan mendengar arahan dan mengenal pasti huruf vokal dan mewarnakannya.
3.Ketua kumpulan mempamerkan tugasan mereka di papan hitam.
4.Kumpulan yang berjaya mendapat ganjaran.

Teknik
Permainan
Tunjuk cara

Nilai
Mendengar arahan
Rajin
Kerjasama

BBM
Kad permainan huruf vokal

       Penutup
      ( 5 minit )
Rumusan tentang isi pelajaran
Penutup
Kognitif
1.Apakah huruf vokal yang terdapat dalam perkataan ini?
Penutup
Sosial
Memberi penenguhan.
1.Guru bersoal jawab dengan murid.
2.Guru memberi pujian kepada murid yang betul jawapannya.
1.Murid menjawab soalan guru.
2.Murid yang betul jawapannya mendapat pujian.
Teknik
Soal jawab

Nilai
Berani

BBM
Kad perkataan.


Refleksi : 15 orang murid dapat menguasai kemahiran  menama  dan membunyikan huruf vokal dan 5 orang lagi diberi latih tubi menama dan membunyikan huruf vokal.

No comments:

Post a Comment