Monday, 30 April 2012

Contoh Latihan Huruf Vokal

Isikan huruf vokal bagi setiap gambar di bawah:


Contoh Latihan Suku Kata



Link Latihan Pengukuhan

Untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu anak-anak didik kita, bolehlah dapatkan latihan pengukuhan di SINI

Lagu ABC


Lagu Suku Kata


Kad Suku Kata



Kaedah Umum yang Patut Dikuasai oleh Golongan Guru



1 .Penglibatan aktif
Satu teknik pengajaran yang melibatkan para pelajar secara aktif dalam aktiviti seperti menulis,perbincangan secara lisan serta pergerakan yang melibatkan anggota badan.Setiap pelajar terlibat di dalam mengembangkan sesuatu konsep yanf diajar.Melalui penglibatan secara aktif,penekanan pembelajaran dapat diberikan jepadas pemikiran konstruktif oleh semua pelajar.Penglibatan pelajar secara aktif adalah merupakan asas penting kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan proses asimilasi yang menyeluruh.

2.Latih-Tubi
Teknik latih –tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran .Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar,melihat,memikirkan maksud perkataan-perkataan.Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu 1.sebutan 2.penggunaan bahasa 3.perbendaharaan kata 4.kefasihan.dan 5.kefahaman.

 3.Permainan Bahasa
Permainan  bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada memperolehi latihan,pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa antaranya kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis.Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu:1.merangsang interaksi verbal pelajar 2.menambah kefasihan dan keyakinan 3.menyediakan konteks pembelajaran 4.bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan 5.bertindak sebagai alat pemulihan ,pengukuhan dan penggayaan.

4.Soal-jawab
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam gbidang pendidikan.Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mrwujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.Soalan-soalan yang dikenakan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.Tujuan utama teknik soal jawab ialah:

1.Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid.
2.Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif.inovatif,logik dan kritis.
3.Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

5.Kuiz
Dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.Pelajar dapat mengulanhkaji sambil bergembira.Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka denghan mengemukan soalan-soalan secara teka teki.Pelajar juga dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru ia juga dapat membantu pelajar memahami sistem bahasa termasuk dari segi bentuk,makna dan penggunaan bahasa yang tepat.Ia juga sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

6.Latihan
Latihan dalam Bahasa Melayu tidak hanya diperolehi dari buku teks atau buku kerja ,malah ia boleh didapati di mana-mana sahaja dalam aktiviti kehidupan seharian.Penggunaan komputer juga penting dalam pengajaran dan pembelajaran.Dalam sukatan KSSR, sekarang penglibatan murid dalam penggunaan komputer di mestikan.

7.Pengayaan dan pemulihan
Kedua-dua jenis aktiviti tersebut adalah sesuai dan boleh dirancang untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar,sama ada yang cerdas atau lemah.Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang membantu murid-murid untuk mengatasi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas.Aktiviti pengayaan ialah tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan untuk mengukuhkan kemahiran yang baru dikuasai untuk meluaskan pengetahuan murid.Aktiviti pengayaan mungkin berbentuk permainan bahasa,teka-teki,nyanyian bahasa,mewarna gambar dan mengumpul setem.

8.Pengurusan kelas
Pengajaran yang berkesan amat bergantung kepada pengurusan bilik darjah yang cekap dan terpimpin.Pengurusan bilik darjah yang berkesan bergantung kepada beberapa faktor:

1. Teknik kawalan kelas
2. Penjagaan dan penyusunan rekod.
3. Komunikasi yang baik antara guru dan ibubapa
4. Etika dan perhubungan yang profesional
5. Aktiviti kumpulan yang berkesan
6. Situasi pembelajaran dalam bilik darjah



Kaedah Semasa Pengajaran


Sewaktu dalam kelas, seorang guru haruslah memainkan peranan sebagai mereka yang memastikan proses pengajaran dapat berjalan lancar. Seorang guru harus boleh melakukan perkara-perkara seperti yang di bawah:

1. Mengurus bilik darjah dengan berkesan tanpa gangguan yang boleh mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran

2. Menggunakan konsep bahasa melayu dengan tepat,sesuai dengan tahap pencapaian pelajar.

3. Menggalakkan penglibatan aktif dikalangan pelajar sama ada semasa pengembangan konsep .

4. Mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar(masalah pembelajaran.emosi,fizikal,disiplin dan sebagainya.

5. Mengubahsuai gaya serta teknik pengajaran kepada kumpulan pelajar yang berbeza dari segi tahap pencapaian dan minat terhadap bahasa melayu.

6. Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti luar kelas.

7. Menjadikan kesalahan dan kesilapan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar merasa bebas,tidak tertekan serta berani menjawab dan mengemukan sebarang pandangan.

8. Mengenalpasti dan memilih kaedah-kaedah pengajaran yang dijangka berkesan dalam mencapai objektif-objektif pengajaran yang dirancang.

9. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar,lantas meningkatkan masa untuk tugasan pembelajaran yang produktif.

10. Meningkatkan ‘repertoire’pengajaran kerana penguasaan pelbagai kaedah pengajaran bila dan dimana perlu,mengikut situasi.

11. Mengamalkan prinsip kepelbagaikan sebagai rempah hidup di bilik darjah yang dijangka dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran.

Faktor Pemilihan Kaedah Sebelum Belajar


Sebelum memulakan pengajaran guru perlulah memilih  kaedah pengajaran yang harus digunakan untuk menyampaikan pelajaran.Oleh itu faktor pemilihan kaedah pengajaran seharusnya diketahui dan diikuti kepada semua guru yang ingin memulakan pengajaran.Ini adalah sebagai satu proses pemilihan  yang betul dimana ia akan menjadikan proses penyampaian lebih menarik dan berkesan.Terdapat 5 faktor yang perlu bagi memilih kaedah pengajaran yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran iaitu:


1.Objektif pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran adalah perlu bagi seseorang guru untuk memikirkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai.Kemudian setiap apa yang difikirkan sesuai objejtifnya, ia dicatatkan dan disenaraikan.Barulah ditentukan kaedah pengajaran yang mana paling sesuai digunakan.

2.Bahan pengajaran dan pembelajaran
Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah isi pelajaran dan alat serta bahan bantu mengajar yang digunakan semasa mengajar.Oleh iti, guru perlulah menentukan isi pelajaran yang mahu disampaikannya di dalam kelas.Jika isi pelajaran itu adalah satu kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pelajaran bahasa,guru haruslah memikirkan bahan yang sesuai untuk kemahiran yang mahu disampaikannya.

3.Jangkamasa pengajaran
Biasanya di sekolah-sekolah memperuntukan 30 minit bagi satu masa setiap masa di dalam jadual waktu akademik.Jadi ,kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru perlulah kurang atau cukup-cukup masa tersebut.

4.Latar belakang dan jumlah pelajar.
Setiap manusia mempunyai tahap keupayaan otak dan kemampuan yang berbeza-beza.Ia boleh diklasifikasikan kepada umur,jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan murid tersebut.Selain itu,jumlah murid dan susunan tempat duduk murid juga boleh mempengaruhi  kaedah yang mahu digunakan.Jika suatu kelas itu mempunyai bilangan murid yang terlalu ramai,ini akan mengakibatkan kesukaran guru untuk mengawal pergerakan kelas.

5.Iklim dan suasana tempat mengajar
Kemudahan dan infrastruktur dan alam persitaran sekolah boleh mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran.

Friday, 27 April 2012

RPT Literasi Tahun Satu

Untuk melihat Rancangan Pengajaran Tahunan Literasi Tahun Satu, boleh ke sini

Upin dan Ipin : Garang ke Sayang?



Jom kita lihat gelagat Upin dan Ipin dalam kelas. Dan marilah kita, para pendidik muhasabah diri dan mencuba untuk menjadi seorang penyampai ilmu yang berupaya meransang minda para pelajar kita, bukannya melemahkan semangat mereka.

Thursday, 26 April 2012

Lagu Anak Rusa Nani


Ayuh kita sama-sama dengarkan lagu kanak-kanak yang agak sedap dijadikan halwa telinga kala kebosanan.

Thursday, 19 April 2012

Hikayat Sang Kancil dan Buaya



Dalam kita meniti hari yang semakin moden ini, banyak antara kita yang seakan-akan lupa asal-usul dan nilai-nilai timur yang sepatutnya menjadi pegangan kita. oleh itu, marilah kita sama-sama hayati kisah rakyat ini dan semoga kita mendapat sedikit pengajaran daripada cerita ini. 

Sunday, 8 April 2012

Lagu Kanak-Kanak - Ikan Kekek



Alangkah bagus kalau anak-anak kita dididik dengan nilai-nilai yang berpaksikan budaya timur kerana kelak mereka akan lebih berbudi dalam menjalani hidup. Lagi kanak-kanak yang menjadi siulan saya pada satu masa dulu kini saya dendangkan pula untuk anak-anak. Ayuh, sambil kita menconteng papan hitam, kita nyanyikan lagu ini untuk anak didik kita. Semoga tersemat nilai kasih-sayang dalam diri mereka.

Rancangan Pengajaran Harian ( RPH )

 Tahun            :   Satu
Tarikh / Hari    : 29.3.2012 (Khamis )
Kelas              : 1 Cemerlang ( Linus )
Masa              :  10.00-10.30.pagi
M/ Pelajaran   :  Bahasa Melayu
Bil. Pelajar      :  20 Orang
Tajuk              : Unit 1  Mengenal dan menulis huruf,suku kata dan perkataan kv+kv
Sub. Tajuk      : Huruf Vokal
Kemahiran      : 1.0 Mengenal dan membunyikan huruf-huruf vokal (a ,i , o ,u ,e )
1.1  Menamakan dan membunyikan huruf vokal ( a , i ,o ,u ,e )
Objektif           : Pada akhir  pengajaran  murid dapat :
1.    Mengenal dan menamakan huruf vokal dengan betul
2.    Membunyikan huruf vokal dengan betul
Pengalaman Sedia ada : 1 Murid sudah dapat mengenal huruf A-Z
                                        2 Murid sudah boleh menyebut huruf-huruf vokal
Bahan Bantu Mengajar    : Kad huruf vokal , Kad  gambar , Kad Permainan dan Kad gambar     
                  Berserta perkataan ,Kad perkataan
Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Moral
Penerapan Nilai :Berkerjasama , mematuhi arahan ,  dan berani.

        


   Langkah/Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktivit Guru
Akitiviti Murid
      Set Induksi
      ( 5 minit )
 Soal Jawab
Huruf Vokal (a ,e,i,o,u )
Contoh Soalan
1.Ini huruf apa?
2.Huruf ini bunyi     apa?
1.Guru menunjukkan kad huruf vokal .
2.Guru mengemukakan soalan kepada murid berdasarkan kad huruf vokal.
3.Guru mengaitkan soal jawab tersebut  dengan tajuk pelajaran.
1.Murid akan menyebut nama huruf vokal secara kelas,kumpulan dan individu.
2.Murid akan membunyikan huruf vokal secara kelas,kumpulan dan individu.
Teknik
Soal jawab
Latih tubi

Nilai
Mendengar arahan dan rajin
BBM
Kad huruf vokal
      Langkah 1
      ( 10 minit )
Menama dan membunyikan huruf vokal
Contoh
1.ikan  - i

2.o-oren
1.Guru menunjukkan kad gambar dan meminta murid menyebut nama gambar tersebut.
2.Guru akan menekankan bunyi huruf vokal pada gambar tersebut.
3.Guru latih tubi menama dan membunyikan huruf vokal secara kelas ,kumpulan dan individu.
4.Guru meminta murid memadankan kad huruf vokal pada kad gambar(Murid dipilih secara rawak).
1Murid menyebut nama gambar tersebut.
2.Murid menama dan  membunyikan huruf vokal berdasarkan gambar secara kelas ,kumpulan dan individu.
3.Murid yang di pilih memadankan kad huruf vokal pada kad gambar.
Teknik
Latih tubi
Membunyikan huruf vokal

Nilai
Mendengar arahan
Kerjasama

BBM
Kad gambar
Kad huruf

       Langkah 2
       ( 10 minit )
Permainan
Mencari huruf vokal.
1.Guru bahagi murid kepada lima kumpulan.Setiap kumpulan akan menerima kad permainan huruf.
2.Guru  memberi arahan dan meminta murid setiap kumpulan mengenal pasti huruf vokal dan mewarnakan.
3.Guru meminta ketua kumpulan mempamerkan tugasan mereka di papan hitam.
4.Guru menyemak dan memberi peneguhan positif kepada semua murid.
1.Setiap kumpulan menerima kad permainan huruf
2.Murid setiap dalam
kumpulan mendengar arahan dan mengenal pasti huruf vokal dan mewarnakannya.
3.Ketua kumpulan mempamerkan tugasan mereka di papan hitam.
4.Kumpulan yang berjaya mendapat ganjaran.

Teknik
Permainan
Tunjuk cara

Nilai
Mendengar arahan
Rajin
Kerjasama

BBM
Kad permainan huruf vokal

       Penutup
      ( 5 minit )
Rumusan tentang isi pelajaran
Penutup
Kognitif
1.Apakah huruf vokal yang terdapat dalam perkataan ini?
Penutup
Sosial
Memberi penenguhan.
1.Guru bersoal jawab dengan murid.
2.Guru memberi pujian kepada murid yang betul jawapannya.
1.Murid menjawab soalan guru.
2.Murid yang betul jawapannya mendapat pujian.
Teknik
Soal jawab

Nilai
Berani

BBM
Kad perkataan.


Refleksi : 15 orang murid dapat menguasai kemahiran  menama  dan membunyikan huruf vokal dan 5 orang lagi diberi latih tubi menama dan membunyikan huruf vokal.

Friday, 6 April 2012

Pengenalan Pengajaran Makro

Sabtu 7 April 2012

Saya telah menjalankan pengajaran makro pada 29 Mac 2012 .Saya telah mengajar murid tahun 1 Cemerlang iaitu murid-murid linus.Jumlah murid adalah 20 orang.Mata pelajaran saya pada hari itu ialah Bahasa Melayu yang bertajuk huruf vokal.Fokus utama saya pada hari itu ialah memastikan murid-murid boleh menguasai kemahiran menama dan membunyikan huruf vokal