Tahun : Satu
Tarikh / Hari : 29.3.2012 (Khamis )
Kelas : 1 Cemerlang ( Linus )
Masa : 10.00-10.30.pagi
M/ Pelajaran : Bahasa Melayu
Bil. Pelajar : 20 Orang
Tajuk : Unit 1 Mengenal dan menulis huruf,suku kata dan perkataan kv+kv
Sub. Tajuk : Huruf Vokal
Kemahiran : 1.0 Mengenal dan membunyikan huruf-huruf vokal (a ,i , o ,u ,e )
1.1 Menamakan dan membunyikan huruf vokal ( a , i ,o ,u ,e )
Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat :
1. Mengenal dan menamakan huruf vokal dengan betul
2. Membunyikan huruf vokal dengan betul
Pengalaman Sedia ada : 1 Murid sudah dapat mengenal huruf A-Z
2 Murid sudah boleh menyebut huruf-huruf vokal
Bahan Bantu Mengajar : Kad huruf vokal , Kad gambar , Kad Permainan dan Kad gambar
Berserta perkataan ,Kad perkataan
Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Moral
Penerapan Nilai :Berkerjasama , mematuhi arahan , dan berani.
Langkah/Masa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran Pembelajaran | Catatan | |
Aktivit Guru | Akitiviti Murid | |||
Set Induksi ( 5 minit ) | Soal Jawab Huruf Vokal (a ,e,i,o,u ) Contoh Soalan 1.Ini huruf apa? 2.Huruf ini bunyi apa? | 1.Guru menunjukkan kad huruf vokal . 2.Guru mengemukakan soalan kepada murid berdasarkan kad huruf vokal. 3.Guru mengaitkan soal jawab tersebut dengan tajuk pelajaran. | 1.Murid akan menyebut nama huruf vokal secara kelas,kumpulan dan individu. 2.Murid akan membunyikan huruf vokal secara kelas,kumpulan dan individu. | Teknik Soal jawab Latih tubi Nilai Mendengar arahan dan rajin BBM Kad huruf vokal |
Langkah 1 ( 10 minit ) | Menama dan membunyikan huruf vokal Contoh 1.ikan - i 2.o-oren | 1.Guru menunjukkan kad gambar dan meminta murid menyebut nama gambar tersebut. 2.Guru akan menekankan bunyi huruf vokal pada gambar tersebut. 3.Guru latih tubi menama dan membunyikan huruf vokal secara kelas ,kumpulan dan individu. 4.Guru meminta murid memadankan kad huruf vokal pada kad gambar(Murid dipilih secara rawak). | 1Murid menyebut nama gambar tersebut. 2.Murid menama dan membunyikan huruf vokal berdasarkan gambar secara kelas ,kumpulan dan individu. 3.Murid yang di pilih memadankan kad huruf vokal pada kad gambar. | Teknik Latih tubi Membunyikan huruf vokal Nilai Mendengar arahan Kerjasama BBM Kad gambar Kad huruf |
Langkah 2 ( 10 minit ) | Permainan Mencari huruf vokal. | 1.Guru bahagi murid kepada lima kumpulan.Setiap kumpulan akan menerima kad permainan huruf. 2.Guru memberi arahan dan meminta murid setiap kumpulan mengenal pasti huruf vokal dan mewarnakan. 3.Guru meminta ketua kumpulan mempamerkan tugasan mereka di papan hitam. 4.Guru menyemak dan memberi peneguhan positif kepada semua murid. | 1.Setiap kumpulan menerima kad permainan huruf 2.Murid setiap dalam kumpulan mendengar arahan dan mengenal pasti huruf vokal dan mewarnakannya. 3.Ketua kumpulan mempamerkan tugasan mereka di papan hitam. 4.Kumpulan yang berjaya mendapat ganjaran. | Teknik Permainan Tunjuk cara Nilai Mendengar arahan Rajin Kerjasama BBM Kad permainan huruf vokal |
Penutup ( 5 minit ) | Rumusan tentang isi pelajaran Penutup Kognitif 1.Apakah huruf vokal yang terdapat dalam perkataan ini? Penutup Sosial Memberi penenguhan. | 1.Guru bersoal jawab dengan murid. 2.Guru memberi pujian kepada murid yang betul jawapannya. | 1.Murid menjawab soalan guru. 2.Murid yang betul jawapannya mendapat pujian. | Teknik Soal jawab Nilai Berani BBM Kad perkataan. |
Refleksi : 15 orang murid dapat menguasai kemahiran menama dan membunyikan huruf vokal dan 5 orang lagi diberi latih tubi menama dan membunyikan huruf vokal.
No comments:
Post a Comment