1 .Penglibatan aktif
Satu teknik pengajaran yang melibatkan para pelajar secara aktif dalam aktiviti seperti menulis,perbincangan secara lisan serta pergerakan yang melibatkan anggota badan.Setiap pelajar terlibat di dalam mengembangkan sesuatu konsep yanf diajar.Melalui penglibatan secara aktif,penekanan pembelajaran dapat diberikan jepadas pemikiran konstruktif oleh semua pelajar.Penglibatan pelajar secara aktif adalah merupakan asas penting kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan proses asimilasi yang menyeluruh.
2.Latih-Tubi
Teknik latih –tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran .Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar,melihat,memikirkan maksud perkataan-perkataan.Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu 1.sebutan 2.penggunaan bahasa 3.perbendaharaan kata 4.kefasihan.dan 5.kefahaman.
3.Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada memperolehi latihan,pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa antaranya kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis.Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu:1.merangsang interaksi verbal pelajar 2.menambah kefasihan dan keyakinan 3.menyediakan konteks pembelajaran 4.bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan 5.bertindak sebagai alat pemulihan ,pengukuhan dan penggayaan.
4.Soal-jawab
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam gbidang pendidikan.Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mrwujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.Soalan-soalan yang dikenakan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.Tujuan utama teknik soal jawab ialah:
1.Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid.
2.Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif.inovatif,logik dan kritis.
3.Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
5.Kuiz
Dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.Pelajar dapat mengulanhkaji sambil bergembira.Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka denghan mengemukan soalan-soalan secara teka teki.Pelajar juga dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru ia juga dapat membantu pelajar memahami sistem bahasa termasuk dari segi bentuk,makna dan penggunaan bahasa yang tepat.Ia juga sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.
6.Latihan
Latihan dalam Bahasa Melayu tidak hanya diperolehi dari buku teks atau buku kerja ,malah ia boleh didapati di mana-mana sahaja dalam aktiviti kehidupan seharian.Penggunaan komputer juga penting dalam pengajaran dan pembelajaran.Dalam sukatan KSSR, sekarang penglibatan murid dalam penggunaan komputer di mestikan.
7.Pengayaan dan pemulihan
Kedua-dua jenis aktiviti tersebut adalah sesuai dan boleh dirancang untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar,sama ada yang cerdas atau lemah.Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang membantu murid-murid untuk mengatasi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas.Aktiviti pengayaan ialah tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan untuk mengukuhkan kemahiran yang baru dikuasai untuk meluaskan pengetahuan murid.Aktiviti pengayaan mungkin berbentuk permainan bahasa,teka-teki,nyanyian bahasa,mewarna gambar dan mengumpul setem.
8.Pengurusan kelas
Pengajaran yang berkesan amat bergantung kepada pengurusan bilik darjah yang cekap dan terpimpin.Pengurusan bilik darjah yang berkesan bergantung kepada beberapa faktor:
1. Teknik kawalan kelas
2. Penjagaan dan penyusunan rekod.
3. Komunikasi yang baik antara guru dan ibubapa
4. Etika dan perhubungan yang profesional
5. Aktiviti kumpulan yang berkesan
6. Situasi pembelajaran dalam bilik darjah
What is Sports Toto in Betting? | Sporting 100
ReplyDeleteAs one of the oldest and most popular betting handicappers in the world, it is no secret that Sportsbet has built on its 토토 사이트 모음 exceptional and competitive approach to football.