Monday, 30 April 2012

Faktor Pemilihan Kaedah Sebelum Belajar


Sebelum memulakan pengajaran guru perlulah memilih  kaedah pengajaran yang harus digunakan untuk menyampaikan pelajaran.Oleh itu faktor pemilihan kaedah pengajaran seharusnya diketahui dan diikuti kepada semua guru yang ingin memulakan pengajaran.Ini adalah sebagai satu proses pemilihan  yang betul dimana ia akan menjadikan proses penyampaian lebih menarik dan berkesan.Terdapat 5 faktor yang perlu bagi memilih kaedah pengajaran yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran iaitu:


1.Objektif pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran adalah perlu bagi seseorang guru untuk memikirkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai.Kemudian setiap apa yang difikirkan sesuai objejtifnya, ia dicatatkan dan disenaraikan.Barulah ditentukan kaedah pengajaran yang mana paling sesuai digunakan.

2.Bahan pengajaran dan pembelajaran
Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah isi pelajaran dan alat serta bahan bantu mengajar yang digunakan semasa mengajar.Oleh iti, guru perlulah menentukan isi pelajaran yang mahu disampaikannya di dalam kelas.Jika isi pelajaran itu adalah satu kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pelajaran bahasa,guru haruslah memikirkan bahan yang sesuai untuk kemahiran yang mahu disampaikannya.

3.Jangkamasa pengajaran
Biasanya di sekolah-sekolah memperuntukan 30 minit bagi satu masa setiap masa di dalam jadual waktu akademik.Jadi ,kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru perlulah kurang atau cukup-cukup masa tersebut.

4.Latar belakang dan jumlah pelajar.
Setiap manusia mempunyai tahap keupayaan otak dan kemampuan yang berbeza-beza.Ia boleh diklasifikasikan kepada umur,jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan murid tersebut.Selain itu,jumlah murid dan susunan tempat duduk murid juga boleh mempengaruhi  kaedah yang mahu digunakan.Jika suatu kelas itu mempunyai bilangan murid yang terlalu ramai,ini akan mengakibatkan kesukaran guru untuk mengawal pergerakan kelas.

5.Iklim dan suasana tempat mengajar
Kemudahan dan infrastruktur dan alam persitaran sekolah boleh mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran.

No comments:

Post a Comment